Sunday, January 31, 2010

Tuntutan SwissCash: Mengelirukan?

27 Januari 2010, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah melantik PricewaterhouseCooper sebagai pengurustadbir tuntutan SwissCash. Di atas notis borang tuntutan, ada menyatakan notis ini akan memberi kesan undang-undang terhadap orang yang menuntut duit tersebut.

Akuan Berkanun diperlukan untuk menuntut wang tersebut dan memberi maklumat palsu akan dihukum, di bawah seksyen Akta Akuan Berkanun 1960, dihukum di bawah kanun Jenayah.

Section 181 of Penal Code, False Statement on oath to public servant or person authorized to administer an oath.

Sekiranya kita tahu, atau percaya ianya palsu, atau tak percaya ianya benar, boleh dipenjara sehingga 3 tahun dan juga akan didenda untuk amaun tertentu. Mungkin bagi orang biasa, ini akan seperti mengelirukan, tetapi itulah undang-undang.

Bagi orang yang hendak menuntut kerugian di dalam SwissCash, pastikan amaun yang dituntut itu betul kerana jika tidak, kemungkinan untuk didenda atau lebih teruk lagi, dipenjarakan itu ada. Semua maklumat yang kita perlukan hilang di dalam database SwissCash dahulu, dan kita kebanyakannya tiada bukti transaksi. Mungkin kebanyakan orang juga menukar E-point mereka sesama sendiri untuk menukarkannya ke wang. Bukti tersebut juga hilang bersama laman web SwissCash dahulu. Kiranya, tidak mustahil pihak berkuasa berjaya mendapat back-up maklumat dari laman web SwissCash. Dan sekiranya maklumat yang kita berikan tidak padan dengan maklumat yang mereka dapat, habislah kita!

Sekiranya maklumat kita salah, walaupun secara kita tidak sedar, kita akan juga dituduh memberi maklumat palsu dan kita pasti akan dihukum setelah itu. Ini cuma pandangan saya sahaja, berdasarkan perbincangan bersama beberapa orang pelajar undang-undang. Untuk mendapatkan khidmat undang-undang, peguam meminta bayaran. Semuanya mahu duit sekarang.

Sekiranya ada orang yang lebih arif mengenai undang-undang, silalah komen mengenai perkara ini.

2 comments:

Wilson said...

Are you a professional journalist? You write very well.

Zou said...

No, I'm not.. It is just a piece of my mind.. What I see and what I feel, I express it in my writing..