Tuesday, October 25, 2011

Dulu Lain, Sekarang Lain

Banyak benda dah berubah. Dulu suka tengok anime, sekarang dah suka tengok TV series, especially White Collar, NCIS, CSI, Pretender, etc. Nak improve intelligence kononnya. Hehe. Banyak membantu sebenarnya.

Dulu tengok bola ja, tapi sekarang dah manage team bola company. Susah juga. Macam-macam karenah pemain ni. Dalam game Football Manager, senang ja suruh orang ikut taktik yang kita rancang.

Brooke Dockyard FC.. Kalau handal, carilah saya..

Semenjak kerja menguruskan manusia ni (Dalam kata lain, Human Resource Management), susah juga sebab biasa la, orang yang involve dalam kerja-kerja pembinaan ni ada gangster sikit. Dulu masa kat kolej, boleh la bawa kepala sendiri nak buat hal. Bila difikirkan, tak baik gaduh-gaduh. Buat sakit badan ja. Tapi kepala pun sakit kalau masalah tak habis-habis di tempat kerja. Namun, ditempuhi dengan tabah! (Ramai yang rasa gangster, tapi takpa. Malas dah nak tunjuk gangster..)

Dulu drive jip, sekarang dah ada Gen-2. Tapi pun dah banyak kali repair, kena repair besar-besaran dengan spray baru kereta tu, and rim kena pakai 17 woo! Baru stylish. Enjin nak masuk enjin Lambo, baru steady.. Hahaha..

My Proton Gen-2, White Stallion

Dulu seorang, sekarang dah berdua. Sang cinta, Nur Salfiah, si buah hati, permata jiwa (Indah.. Indah..!).


Dulu Nokia, sekarang Blackberry. Mana taknya, kena reply banyak e-mails dari possible service providers (especially dalam bidang latihan..). Nak update Facebook dan Twitter juga sambil baca berita terkini. Hebat hidup dalam zaman ni. Semua di hujung jari.

Blackberry Storm 9500 sebagai my Mobile Office

Dulu tak makan sayur, sekarang dah pandai la sikit-sikit. Itu pun sayur-sayuran yang selalu diletak dalam Western food. Tomyam pun dah tau nak makan dah. Sedap tomyam rupanya, especially time Steamboat. (Ahhh! Steamboat my favourite!!)

Steamboat, my favourite!!

So, apa cerita masa depan? Aku mahu kahwin! Peace!

0 comments: