Hari ini, saya akan menerangkan kepada pembaca mengapa saya meminati Arsenal FC. Saya telah menyokong pasukan ini sejak tahun 1995, semasa Dennis Bergkamp mula-mula menyertai pasukan ini. Dennis Bergkamp sentiasa menjadi pemain yang paling saya minati, sejak dari dulu lagi.
Semasa tahun 90an, pertahanan Arsenal merupakan yang terbaik di liga Inggeris, dengan pemain seperti David Seaman, Tony Adams, Martin Keown, Steve Bould, Lee Dixon dan Nigel Winterburn. Masih teringat juga ramai orang menyatakan Arsenal pada masa itu amat membosankan kerana terlalu banyak bertahan, terutama sekali selepas bolos, mereka akan berlegar-legar di kawasan sendiri sahaja untuk mengelak dari ditembusi pihak lawan.
Selepas kedatangan Arsene Wenger, corak permainan pertahanan menjadi seimbang dengan kemasukan pemain seperti Marc Overmars, Nicolas Anelka, Patrick Vieira, Emmanuel Petit, Luis Boa Morte dan ramai lagi. Terdapat pemain muda seperti Thierry Henry, Robin Van Persie, Theo Walcott, dan ramai lagi prospek yang berjaya dilatih dengan jayanya di bawah panji-panji Arsenal (Chewaahh..!)
Pemain-pemain Arsenal terdiri dari berbilang warganegara. Itu yang kita katakan globalisasi, dengan bilangan pemain dari seluruh pelusuk dunia berada di Arsenal, seperti Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, dan negara Asia seperti Jepun dan Korea. Namun, beberapa pemain dari England sendiri juga berada di skuad Arsenal seperti Theo Walcott, Jack Wilshere, Alex Oxlade-Chamberlain, and Kieran Gibbs.
Arsenal juga mempamerkan permainan dengan hantaran kemas, dan corak serangan yang menarik, seperti Barcelona dan Real Madrid (Cuma kurang mempunyai pemain ternama saja..), dengan kehadiran nama-nama pemain berbakat seperti Bergkamp, Henry, Pires, Fabregas, Arshavin, Gervinho, dan pemain yang memiliki kepantasan seperti Walcott, Miyaichi, Oxlade-Chamberlain, Gibbs, dan Koscielny.
Walaupun ramai yang mengejek saya kerana menyokong pasukan Arsenal, terutama sekali dibenam 8-2 oleh Manchester United (Ingatkah anda bahawa Manchester United juga tewas 6-1 kepada Manchester City?), saya tetap setia kepada Arsenal!




0 comments:
Post a Comment